August 10, 2020
Tarikh : 29.02.2020 (Sabtu)

Produksi SMK Durian Tunggal, Melaka Video Inspirasi Kreatif Antidadah (i-KAD)sempena Bulan Antidadah Kebangsaan 2020

mempersembahkan ……..HIJRAH

SINOPSIS HIJRAH
Hijrah mengisahkan Fathul, Dzaheer, Afiq dan Aiman yang ponteng sekolah lalu terjerat dalam penagihan dadah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Mereka ditahan dan menjalani pemerhatian oleh AADK. Natijahnya, kakaknya, Alya dan bapanya berasa amat sedih akan perbuatan Fathul itu. Lantaran itu, Alya mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dengan sokongan rakannya. Dia berazam untuk menyebarkan maklumat pendidikan pencegahan dadah dengan bantuan AADK Negeri dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sementara itu, sesi konsultasi bersama dengan PDRM juga dijalankan oleh pihak sekolah.

Mesej pendidikan pencegahan dadah tersebut difahami dan berjaya memupuk kesedaran murid sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Impaknya, pihak AADK Daerah mendapati bahawa semua murid yang terlibat dengan dadah telah bebas dadah melalui ujian urin. Fathul dan Alya bersyukur kepada Tuhan yang maha esa.

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wakaf Tunai Indonesia

KisahMuallaf.com merupakan project dakwah Yayasan Wakaf Tunai Indonesia, dimana seluruh keuntungan yang didapatkan akan di wakafkan untuk operasional kegiatan Yayasan Wakaf Tunai Indonesia. Kunjungi website resmi programwakaftunai.com